Industri bunga Ekonomi_Belanda

Negara pengeksport bunga terbesar di dunia iaitu Belanda banyak membuat inovasi kelengkapan teknologi tinggi seperti rumah hijau dan teknik memajukan baka baru. Belanda juga mengimport bunga dari seluruh dunia untuk pengkulturan baka yang lebih baik dan menjualnya semula. Program pengkulturan bunga jarang ditemui dan eksotik yang berjaya akan diberi pengiktirafan hak harta intelektual antarabangsa serta hak paten untuk jualan secara besar-besaran.

Belanda bukan sahaja mengunggul teknik memajukan baka bunga malah dalam aktiviti perdagangan bunga. Buktinya ialah di Pusat Lelongan Bunga Aalsmeer berdekatan Amsterdam adalah aktiviti dagangan bunga terbesar di dunia keluasan 990,000 meter persegi.

Kegilaan tulip

Tulip yang ditanam serata Belanda menyumbang kepada produkviti sebanyak 80 pasaran dunia dan membantu menracakkan ekonomi Belanda. Selain itu, tulip ialah bunga kebangsaan Belanda. Pada tahun 1636, tulip menjadi produk eksport keempat utama Belanda. Namun pada tahun 1637, harga tulip jatuh mendadak menyebabkan ramai spekulator mengalami kerugian.

Pesta bunga

The Garden of Europe mekar berkembang

Tempoh penjualan bunga biasanya bermula pada pertengahan bulan April sehingga akhir Mei. Ketika itu, Belanda akan menjadi tumpuan peminat bunga seluruh dunia seperti pesta bunga di Keukenhof Park. Tempat yang dikenali sebagai The Garden of Europe dekat Lisse, Holland Selatan merupakan taman bunga terbesar di dunia. Taman ini hanya dibuka dari akhir bulan Mac sehingga akhir Mei dengan menyajikan seluas mata memandang taman bunga yang berwarna-warni dan penganjuran pertunjukan bunga. Kuasa bunga dapat menarik lebih 1.5 juta pelancong ke nagara ini setiap tahun seiring dengan acara penuh warna-warni yang dianjurkan.